Selain menjadi ahli biasa, Program Tone Plus menyediakan ruang dan peluang untuk anda menambahkan lagi pendapatan dengan cara menjadi Stokis-stokis dalam program ini.
Taraf Stokis-stokis yang ada adalah Service Center (SC), Premium Service Center (PSC), Branch (Br) dan Premium Branch (PBr).
Cara dan syarat-syarat untuk menjadi stokis tersebut boleh dibaca lebih lanjut di link bawah.
BACA LANJUT DI SINI : Tingkatkan bisnes dalam Tone Plus
Jika anda perhatikan, untuk menjadi stokis-stokis, anda perlu mempunyai pegangan stok kad SIM dan mengedarkan nya kepada ahli-ahli Tone Plus samada dalam rangkaian anda atau pun bukan ahli rangkaian anda.
Sebagai stokis, anda mampu menikmati Komisyen Top Up yang tinggi antara 15% sehingga 17% dan Royalti dari Top Up Kad SIM tersebut adalah antara dari 1% hingga 6%.
Jika anda mempunyai kemampuan kewangan, memanglah mudah untuk terus menjadi stokis SC, PSC atau Branch.
Saya banyak menerima permintaan untuk terus menjadi SC, PSC dan Branch dan telah diluluskan oleh syarikat.
Namun untuk Premium Branch (PBr) pula, ia datangnya dari lantikan syarikat setelah syarikat berpuashati dengan prestasi anda.
Berdasarkan pengalaman, saya tidak syorkan untuk ahli baru yang belum pernah membentuk rangkaian sendiri dalam program ini atau mana-mana program lain untuk terjun terus sebagai PSC atau Branch . Ini adalah kerana modalnya yang agak besar dan anda belum benar-benar berpengalaman dalam bisnes pembentukan rangkaian ini.
Walau pun bisnes ini nampak mudah tetapi anda perlu mempelajarinya terlebih dahulu dan berikan masa terlebih dahulu untuk anda membina rangkaian sendiri dalam program ini.
Namun, pengecualian boleh diberikan bagi ahli baru yang telah biasa dan berpengalaman dengan teknik bisnes pemasaran rangkaian dalam lain-lain program di pasaran. Mereka yang telah biasa membina dan mempunyai rangkaian sendiri, maka mereka boleh mencongak untuk terus menjadi PSC atau Branch.
Jadi SC dahulu. . .
Sebaliknya, bagi ahli baru yang
sangat serius ingin berusaha membentuk rangkaian sendiri lantas menjana pendapatan yang lebih lumayan maka saya syorkan anda bermula dengan peringkat stokis Service Center (SC) terlebih dahulu. Ini yang sebaiknya kerana modalnya tidak terlalu tinggi dan pulangan boleh dicapai dengan pantas apabila mengerjakan program ini dengan tekun.
Sebagai SC anda hanya perlu memegang sebanyak 120 Kad SIM sahaja. Jika anda perhatikan bahawa program ini menggalakan setiap ahli mengajak 4 ahli baru dengan pantas untuk menjana Komisyen Top Up 13%.
Ini bermakna 1 ahli baru memerlukan 4 Kad SIM pada sesuatu masa untuk menaja 4 ahli baru, dan ini menjadikan setiap ahli memerlukan 5 Kad SIM termasuk dirinya.
Anda hanya memerlukan 24 orang ahli yang komited untuk berjaya dalam program ini. Setiap mereka mengambil 5 Kad SIM menjadikan jumlah keseluruhan 120 Kad SIM anda akan habis diedarkan, Sasaran ini boleh dicapai dengan mudah dalam masa yang singkat antara 1-3 bulan mengikut kemampuan kepimpinan anda. Ingat!.. 24 orang tersebut boleh datang dari rangkaian anda atau pun bukan dari rangkaian anda.
Setelah habis mengedarkan 120 Kad SIM tersebut, anda boleh menggunakan wang perolehan itu semula untuk menjadi stokis PSC pula dengan cara membeli sebanyak 130 Kad SIM yang baru. Cara ini adalah yang lebih baik kerana anda menggunakan modal yang sama yang dipusingkan semula. Seterusnya, 130 Kad SIM yang baru ini pasti ditunggu-tunggu oleh rangkaian anda yang telah mula dibentuk dan pastinya stok baru ini akan habis dengan pantas.
Mengikut pengalaman saya, proses dari Ahli Biasa kepada SC dan naik PSC dengan cara yang saya terangkan ini akan mengambil masa secara purata 6 bulan bergantung kepada kepimpinan anda dalam membentuk rangkaian kumpulan anda.
Selamat Berjaya!
Dream BIG and Keep It SIMPLE!
No comments:
Post a Comment