FAHAM DAN HADAMKAN
Perkongsian untuk semua
Khas untuk rakan niaga
TONE PLUS & TONE EXCEL
kita sama, fokus pasif income selamanya
TONE PLUS/TONE EXCEL
PATUH SYARIAH KE?
Saya sering ditanya tentang halal dan haram insuran yang diberi percuma kepada pengguna-pengguna Tone Plus/Tone Excel oleh syarikat dari kumpulan yang sama iaitu Tune Insurance.
Saya dapat merasakan ramai yg bertanya dengan ikhlas ada juga sebahagiannya sebagai strategi marketing pihak pesaing untuk menjatuhkan Tone Plus/Tone Excel.
Untuk pemahaman semua,
Tone Plus/Tone Excel adalah satu program anjuran Tone Group yg bekerjasama dgn Tune Group(air asia, tune talk,tune hotel,tune insurance,tune money,tune sport,tune tones)
Oleh kerana Tune Talk adalah anak syarikat Tune Group, secara automatik ahli Tone Plus/Tone Excel pun menikmati segala kelebihan yg ada. Kerana ada perjanjian persefahaman diantara Tone Group dan Tune Group.
Saya tidak akan menyertai Tone Plus/Tone Excel tanpa saya mengkaji ianya halal di sudut syariah dan sah dari segi undang-undang Negara. Dikongsikan hasil penelitian saya:
1. Axiata melalui Celcom memiliki 35% pegangan( rujuk laporan tahunan Axiata dan dokumen dokumen resmi yang lain) di dalam Tune Talk. Tune Talk yang merupakan MVNO kepada Celcom pula melalui Tone Plus/Tone Excel melaksanakan referral program@rujukan komuniti yang dipanggil secara ringkasnya Tone Plus/Tone Excel. Axiata adalah Telco yang mendapat pengiktirafan syariah compliance di dalam KLSE(BSKL).
Tone Plus/Tone Excel yang mempunyai lebih sejuta pelanggan(sehingga Dec2015) telah menjadi diantara penyumbang utama pendapatan Tune Talk. Jadi Tone Plus/Tone Excel hanya semata mata membuat perniagaan telekomunkasi ini dan telah berada di industry telco lebih lima tahun adalah patuh syariah.
Axiata tidak akan mendapat pengiktirafan patuh syariah dari panel syariah sekiranya hasil pendapatan yang mereka perolehi dari Tone Plus/Tone Excel tidak patuh syariah. Pekara ini menjustifikasikan patuh syariah perniagaan Tone Plus/Tone Excel secara keseluruhan.
2. Tune Talk juga dimiliki bersama oleh kumpulan Tune( AirAsia , Tune Hotel, Tune Money , Tune Insurance dsb.nya). Pegangan share kumpulan ini sekitar 25%. Di dalam perkara hadiah insurance ini, ianya adalah tawaran secara percuma dan pilihan kepada pelanggan2 Tone Plus/Tone Excel dari kumpulan yang sama oleh Tune Insurance.
Tone Plus/Tone Excel tidak sedikitpun berniaga insuran.
Top up yang dibuat oleh pelanggan 100% adalah tujuan telekomunikasi bukan membayar kepada syarikat insuran.
Kepada pelanggan yang topup sekurang kurangnya RM50 sebulan untuk tujuan telekomunikasi sekiranya berlaku kemalangan peribadi(dengan terma tertentu), anda ditawarkan insuran oleh Tune Insurance secara percuma. Terpulang kepada anda samada ingin menuntut(claim) ataupun sebaliknya.
Di dalam membahaskan halal haram menerima hadiah insuran( bila sebut insuran maknanya bukan takaful) kepada pengguna-pengguna kad kredit Islamik, pakar kewangan Negara yang terkenal, Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abd Rahman ada menulis seperti di bawah:
Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)
Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)
Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-
a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.
Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus.
Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).
Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pd tawabi' dan tidak pd lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
Saya sertakan rujukan penuh tulisan Ustaz Dr Zaharuddin.
http://zaharuddin.net/kewangan/258-hukum-penggunaan-kad-kredit.html
Kesimpulannya bergantung kepada diri sendiri untuk tidak membuat tuntutan hadiah insuran atau boleh menuntutnya berpandukan kepada pandangan pakar fiqh kewangan Negara.
Anda bebas untuk mengamalkan pendapat anda sendiri tetapi mengharamkan Tone Plus/Tone Excel dengan pandangan singkat itu adalah salah. Saya nasihatkan kepada pesaing-pesaingTone Plus /Tone Excel yang cuba menjatuhkanTone Plus/ Tone Excel di dalam isu insuran ini supaya bertaubat kerana andapun mengaku anda tidak sealim dan sewarak panel syariah. Tidak juga sepakar tokoh fikh kewangan negara Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman
3. Begitu juga kepada pesaing-pesaing
(baca cyber troopers) Tone Plus/Tone Excel yang berniat serong, jika anda masih mengatakan menyertai Tone Plus/
Tone Excel akan mengkayakan syarikat Insurance.
Jika anda benar benar yakin dengan apa yang anda tulis, anda sepatutnya tidak menggunakan penerbangan AirAsia dan MAS.
AirAsia adalah dari kumpulan yang sama dengan tune insurance, sama seperti Tune Talk. Apa yang saya tahu Mas juga masih belum memberhentikan penjualan arak di dalam penerbangannya(contoh).
Namun saya lihat di dalam FB anda, terdapat gambar-gambar yang ceria menggunakan pernerbangan AirAsia. Mungkin nanti untuk mengerjakan haji anda boleh mencadangkan Telco anda membuat syarikat penerbangan sendiri.
4. Saya mendoakan semua perniagaan Telco di negara ini berjaya dan diberkati oleh Allah swt. Berniaga dan bersainglah mengikut akhlak yang mulia.
Teruskan usaha rakan niaga semua, asam garam perniagaan,pasti ada cabaran yang penting kita semua faham dan fokus.
No comments:
Post a Comment