JIKA TIADA LIPUTAN

_*Apa anda perlu lakukan jika mengalami masalah berikut:*_

*1) JIKA TIADA LIPUTAN (NO SERVICE atau EMERGENCY CALLS ONLY).*

⊙ Sila 'OFF' handphone anda & keluarkan simkad anda selama 1 minit. Kemudian masukkan semula simkad ke dalam handphone semula.
⊙ Selepas itu 'ON' handphone anda & pastikan perkataan Tune Talk atau Celcom terpapar di skrin handphone serta ada 'coverage bar'.
⊙ Selepas itu cuba buat satu panggilan keluar.
⊙ Jika ada masalah berulang sila buat panggilan ke Tune Talk Customer Care: 03-2772 0000 (8 pagi ke 10 mlm).
☆☆☆ Langkah-langkah mungkin berbeza mengikut jenis dan model handphone yang digunakan.

*2) TIDAK DAPAT BUAT PANGGILAN KELUAR & PANGGILAN MASUK.*

⊙ Pergi ke bahagian 'SETTING'.
⊙ Pilih 'PHONE SETTING'.
⊙ Pilih 'NETWORK SELECTION' dan pilih servis talian asal seperti MAXIS atau DIGI sehingga pilihan anda di 'Rejected'.
⊙ Selepas itu pilih 'MANUAL (NETWORK SELECTION)' dan pilih TUNE TALK atau CELCOM.
⊙ Kemudian padam semua senarai panggilan dan 'OFF' kan handphone anda. Selepas 15 minit 'ON' kan semula.
⊙ Dan selepas itu cuba buat panggilan keluar.
⊙ Jika ada masalah berulang sila buat panggilan ke Tune Talk Customer Care: 03-2772 0000 (8 pagi ke 10 mlm).
☆☆☆ Langkah-langkah mungkin berbeza mengikut jenis dan model handphone yang digunakan.

*3) TIDAK DAPAT HANTAR SMS atau TERIMA SMS.*

⊙ Pergi ke bahagian 'SETTING'.
⊙ Pilih 'TEXT MESSAGE'.
⊙ Tukar 'APN/SERVICE centre number kepada +60193900045 dan simpan (SAVE).
⊙ Sila 'OFF' kemudian 'ON' kan handphone anda.
⊙ Dan cuba hantar satu SMS keluar.
⊙ Jika ada masalah berulang sila buat panggilan ke Tune Talk Customer: 03-2772 0000.
☆☆☆ Langkah-langkah mungkin berbeza mengikut jenis dan model handphone yang digunakan.

No comments:

Post a Comment